Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setuju memperuntukkan RM200 juta untuk menambah baik mutu capaian internet di semua Institut Pendidikan MARA (IPMA).

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setuju memperuntukkan RM200 juta untuk menambah baik mutu capaian internet di semua Institut Pendidikan MARA (IPMA). Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil, berkata jumlah itu termasuk tambahan peruntukan RM50 juta kepada RM150 juta yang diluluskan sebelum ini.

Institusi terlibat adalah Maktab Rendah Sains MARA, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, MARA-Japan Industrial Institute, Kolej Poly-Tech MARA, Universiti Poly-Tech Malaysia, Kolej Profesional MARA, Kolej MARA, Universiti Kuala Lumpur, German-Malaysian Institute dan GIATMARA.

#mediaselangor #kliksemasa #mcmc #mrsm SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCTauNiiwmK02ugKEdS_oHTQ SelangorTV MediaSelangor.