PUTATAN: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RMll.15 juta bagi pelaksanaan pelbagai program dan projek landskap di seluruh Sabah tahun inL Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, peruntukan itu melibatkan dana daripada kerajaan Persekutuan dan negeri yang akan diagihkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah.

Katanya, peruntukan berkenaan bagi pelaksanaan projek pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur hijau demi kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, ia selaras dengan inisiatif perancangan pembangunan landskap negeri Sabah yang menekankan kepentingan kelestarian, keindahan persekitaran dan keseimbangan ekologi dalam pembangunan bandar dan luar bandar.

“Saya memahami keperluan peruntukan bagi PBT dalam usaha membangunkan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur hijau demi kesejahteraan masyarakat setempat.

“Oleh yang demikian, seiring dengan inisiatif perancangan pembangunan landskap negeri Sabah, sebanyak RM11,150,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan program dan projek landskap pada 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Khas Menteri sempena Program Inisiatif Penghijauan Lestari, Aspirasi Negeri Taman Terindah (I P.L.A.N.T.) di Taman Pasir Putih Fasa 1, di sini semalam. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih.

Menurutnya, Program I P.L.A.N.T. adalah satu daripada langkah kementerian untuk memperkasa kelestarian landskap Sabah melalui kolaborasi erat bersama PBT.

Joachim berkata, program itu bukan sekadar simbolik penanaman pokok, tetapi agenda strategik yang menyumbang kepada sasaran jangka panjang pembangunan mampan dan ekonomi hijau.

Katanya, setakat Disember 2024, sebanyak 331,151 pokok ditanam di bawah program itu, namun angka itu masih jauhdari sasaran 1.3 juta pokok menjelang 2033 yang diumumkan sejak pelancarannya pada 2020.

“Angka ini menunjukkan masih banyak lagi perlu dilakukan, dan saya menyeru semua PBT untuk terus mempergiatkan kempen penghijauan serta melaksanakan sendiri inisiatif penanaman pokok di kawasan masing-masing.

“Selain penanaman pokok, kementerian juga giat menganjurkan pelbagai program kesedaran dan pendidikan seperti Festival I-HIJAU KKTP, Bengkel Resolusi Hijau, serta jelajah bersama PBT ke pelbagai daerah untuk mempromosikan amalan hijau di peringkat akar umbi.

“Kementerian turut memperkenalkan program komuniti seperti Kebun Komuniti dan Rakan Lestari, sebagai usaha untuk menggalakkan penglibatan masyarakat secara langsung dalam menjaga dan memelihara kelestarian persekitaran,” jelasnya.

Selain itu beliau berkata, antara prinsip utama yang ditekankan kementerian ialah ekonomi kitaran lestari, yang melibatkan penggunaan sumber secara bijak, pengurangan jejak karbon, pembangunan teknologi hijau dan pemeliharaan alam sekitar.

Pihaknya juga menekankan kepentingan penerapan elemen kejiranan hijau dalam reka benluk pembangunan perumahan dan bandar, termasuklah penggunaan tenaga boleh diperbaharui, bahan binaan mampan dan penyediaan ruang hijau awam.

Katanya, kementerian turut bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam pelbagai program seperti Agenda Komuniti Lestari, projek ''Low Carbon Schools'' dan pelaksanaan ‘SDG Roadmap'' dan ‘Voluntary Local Review'' (VLR) di lima PBT terpilih di Sabah.

“Semua ini adalah sebahagian daripada usaha bersepadu untuk menjadikan Sabah sebagai negeri taman terindah, yang bukan sahaja indah dari segi landskap tetapi juga lestari dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar,” jelasnya..