Tllam kanak-kanak boleh lipat yang pernah memenangi pertandingan reka cipta anjuran GiatMARA pada tahun 2020 kini menjadi sumber rezeki utama buat usahawan jahitan, Nureisah Ahmad, 38.

Menurut Nureisah, kejayaan dalam pertandingan itu membuka matanya untuk mengembangkan produk tersebut secara komersial pada skala lebih besar.

Ibu kepada dua anak lelaki berusia 13 dan tujuh tahun itu berkata, kemenangan lima tahun lalu membolehkannya memperoleh geran bernilai RM20.000 dalam bentuk mesin sulaman, yang''kemudiannya membantu mengukuhkan perniagaan baharunya.

“Semua ini bermula selepas perniagaan menjahit pakaian yang saya usahakan sejak 2016 terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19.

“Saya dan keluarga duduk berbincang, lalu tercetus idea menghasilkan tilam boleh lipat untuk bayi dan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah,” katanya ketika ditemui di kilang jahitannya di Taman Puncak Bertam, Melaka.

Nureisah yang kini mengusahakan perniagaan bersama adiknya, Nurhaliza, 28, berkata, tilam tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada ibu bapa kerana reka bentuknya yang praktikal dan mudah dibawa ke taska atau pusat asuhan.

Menggunakan jenama Beekaboo, bekas pelajar GiatMARA itu memasarkan tilam setebal tiga inci itu dalam pelbagai set, antaranya set taska dan set bayi baru lahir yang lengkap dengan bantal. Pelanggan juga boleh menambah tempahan selimut dan sulaman nama; “Perniagaan bermula dengan set tempahan khas pada 2020 dan kami mula tokus kepada stok sedia ada sejak 2022.

“Disebabkan tilam ini boleh dilipat menjadi kecil, ia mudah dikendalikan dan kanak-kanak pun boleh membawanya sendiri ke pusat jagaan,” ujarnya.

Menariknya, tilam tersebut boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan ditawarkan pada harga serendah RM50 hingga RM99 bergantung kepada saiz dan umur pengguna.

Kini, kilang miliknya mampu menghasilkan lebih 100 tilam sehari dalam empat saiz berbeza, dengan tempahan diterima dari seluruh negara termasuk Singapura menerusi plattorm e-dagang.

“Satu tilam boleh disiapkan dalam tempoh 30 hingga 45 minit. Kami gunakan bahan berkualiti seperti kekabu dan tilam ini boleh digunakan dua bahagian, ibarat beli dua tilam.

“Kami juga mengekalkan kelebihan daya saing menerusi penghantaran ekspres dalam tempoh sehari dan kadar komunikasi pelanggan yang tinggi," katanya.

Setakat ini, kira-kira 30,000 unit tilam boleh lipat telah terjual dan beliau kini menggaji 10 pekerja tetap bagi menampung permintaan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. - Bernama.