| KUCHING; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan keluarga mcnghidangkan makanan tradisi Melanau sebagai hidanganHari Raya Aidilhtri semalam. Beliau berkata antara hidangan yang disediakan pihaknya termasuk tumpik, bubur leluai, linut dan umai untuk disajikan kepada tetamu yang datang sambil mempromosikan makanan Melanau di sini. Fatimah dan suami, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah turut gembira menyambut kedatangan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ke kediaman mereka di Jalan Sultan Tengah pada Ziarah Raya Aidilhtri semalam. ‘Tni mer upakan satu penghormatan kepada kami sekeluarga dan kita jemput sama juga daripadaNGO, daripada pejabat saya dan juga daripada seorang bekas polis. Jadi dapatlah cerita-cerita tentang RASCOM dahulu. *Tapi bagaimanapunj secara ringkasnya kami sangat gembira. Iniadalahpenghormatan bagi kami kerana Tun dan Toh Puan datang ziarah raya ke rumah kami. Dan saya mengambil peluang hari ini untuk menyaji makanan Melanau. “Pada masa yang sama kita sama merasa sila tur ahim antara seorang pemimpin dengan rakyat menjadi lebih erat. “Ini adalah satu perkara yang sangat kita hargai dan kita harapiaakan berterusan demi kesejahteraan rakyat kita di Sarawak ini. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin,” ujarnya. Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah juga diiringi anaknya Sharifah Fariah dan cucu Athena, disambut mesra oleh Fa timah serta ahli keluarga. Kedua-duanya turut beramah mesra bersama para tetamu yanghadir, termasuk Datuk Bandar DBKU Dato Hilmy Othman, Presiden SKUP Leftenan Kolonel (B) Dato Fabian Wong5 Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak Dr Wan Ali Tuanku Madhi, serta isteri masing-masing, setiausaha politik, ketuaketua masyarakat dan pegawai-pegawai kerajaan.. |