| KUALA LUMPUR, 6 April – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemukakan kajian terperinci minggu hadapan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap beberapa sektor eksport utama negara. KUALA LUMPUR, 6 April – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemukakan kajian terperinci minggu hadapan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap beberapa sektor eksport utama negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz akan mempengerusikan mesyuarat secara maya bersama semua Menteri Ekonomi ASEAN bagi merangka satu tindak balas serantau yang lebih bersepadu. “Saya sentiasa berhubung dengan para pemimpin ASEAN bagi memastikan persefahaman ini dicapai serta menyelaraskan tindak balas bersama terhadap Amerika Syarikat. Semua pilihan akan dikaji dan dipertimbangkan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan kita,” kata Anwar dalam satu hantaran video hari ini yang menyentuh isu tarif AS. Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, kerajaan akan terus mempercepatkan agenda reformasi ekonomi dan industri, termasuk menerusi pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia turut akan menerajui usaha serantau untuk mengekalkan rantaian bekalan terbuka dan berdaya tahan, bagi memastikan suara ASEAN didengar dengan jelas di pentas antarabangsa.. |