| Malaysia tegas dengan pendekatan mengekalkan hubungan positif dan progresif dengan semua rakan dagang sambil menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat, perniagaan serta pengeksport kita. Malaysia tegas dengan pendekatan mengekalkan hubungan positif dan progresif dengan semua rakan dagang sambil menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat, perniagaan serta pengeksport kita. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesan daripada langkah tarif terkini oleh Amerika Syarikat kepada ekonomi negara masih dalam peringkat penilaian oleh kementerian dan agensi yang berkaitan diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). DIRANGKA SECARA TELITI “Natijahnya, sebarang tindakbalas dan langkah susulan perlu dirangka secara teliti dan masih terdapat ruang untuk mengadakan perbincangan dan dialog dengan para rakan dagang utama negara,” kata Perdana Menteri pada hantaran di FB. Terdahulu petang semalam beliau telah mempengerusikan Mesyuarat National Geoeconomic Command Centre (NGCC). – JM. |