| KUALA LUMPUR: Ke menierian Kerja Raya (KKR) scdia mcmberi bantuan terutamanya dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal kepada pihak berkuasa, bagi mengenal pasti punca kejadian lctupan gas di Putra Heights. Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau telah mengarahkan scmua agensi di bawah kementeriannya yang terlibat secara kmgsung atau tidak, untuk memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan serta memastikan kingkah -langkah pencegahan dapat diambil bagi mengelak insiden sama berulang. “Keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan dan saya yakin, semua pihak yang terlibat komited untuk memastikan siasatan penuh dapat dijalankan dengan tdus dan menyeluruh. “ Jabatan Kerja Raya (JKR) juga bersedia memberikan bantuan dalam bentuk nasihat serta kepakaran leknikal sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa$” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, semalam. Dalam pada itu, Nanta turut meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat berjalan dengan lancar dan menyeluruh. “Sayamengikuti perkembangan insiden letupan gas di Putra Heights dengan rapat dan seniiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pegawai-pegawai di KKR dan juga agensi terlibat. “Kami akan terus memantau perkembangan siasatan ini dan akan memberikan kcrjasama scpcnuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dan keselamatan awam terjamin,” katanya yang turut menzahirkan kesedihan dan simpati kepada semua pihak yang terkesan akibat kejadian itu. - Bernama. |