| KUALA LUMPUR: KementerianKerja Raya (KKR) sedia membcri bantuan teru tamanya dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal kepada pihak berkuasa, bagi mengenal pasti punca kejadian lctupan gas di Putra Heights. Menterinya DatoSriAlexandcr Nanta Linggi berkata, bcliau telah mcngarahkan semua agensi di bawah kementcriannya yang terlibat secara langsung atau tidak, untuk memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan serta memastikan langkah-langkah pencegahan dapat diambilbagimengelak insiden sama berulang. “Keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan dan saya yakin, semua pihak yang terlibat komited untuk memastikan siasatan penuh dapat dijalankan dengan telus dan menyeluruh. “JabatanKerja Raya (JKR) juga bersedia memberikan bantuan dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, semalam. Dalam pada itu, Nanta turut meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat berjalan dengan lancar dan mcnyeluruh. “Saya mengikuti perkembangan insiden letupan gas di Putra Heights dengan rapat dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pegawai-pegawai di KKR dan juga agensi terlibat. “Kami akan terus memantau perkembangan siasatan ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dan keselamatan awam terjamin,” katanya yang turut menzahirkan kesedihan dan simpati kepada semua pihak yang terkesan akibat kejadian itu. - Bcrnama. |