Kuala Lumpur: Kebakaran saluran paip gas PETRONAS sepanjang 500 meter di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, semalam boleh berpunca daripada fenomena letupan wap cecair mengembang atau Boiling Liquid Expanding Vapor Explosion (BLEVE).

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata keadaan itu berlaku apabila gas mudah terbakar bocor, menyebabkan wap gas terapung di udara sebelum berlaku pencucuhan yang mencetuskan letupan besar.

“Apabila wap gas yang mudah terbakar ini terapung di udara, ia hanya menunggu masa untuk dinyalakan atau menjadi punca kebakaran, menyebabkan satu letupan yang cukup kuat akibat kebocoran paip ataupun bekas yang mengandungi gas mudah terbakar.

“Bekas ini mungkin mengalami kerosakan atau pecah, mungkin terdapat kebocoran atau mungkin disebabkan oleh injap yang terbuka dan sebagainya,” katanya dalam program Bernaina World terbitan Bernaina TV di sini, semalam.

Beliau berkata, semua pemasangan paip gas di negara ini perlu mematuhi standard keselamatan antarabangsa dan undang-undang tempatan seperti Piawaian Penyimpanan, Pengendalian dan Pengangkutan Gas Petroleum Cecair (MS830) serta Piawaian Penyimpanan dan Pengendalian Cecair Mudah Terbakar (MS761).

Mohammad Hamdan berkata, syarikat minyak dan gas juga perlu mematulii piawaian antarabangsa seperti The Compressed Gases and Cryogenic Fluids Code (NFPA 55) yang menetapkan jarak keselamatan bagi mengurangkan risiko letupan dan kebakaran sekiranya berlaku kebocoran.

Hakisan paip Pengarah Urusan Pusat Latihan Maritim Permata, Bintulu, Sarawak, Kepten Mohammad Yunos pula berkata kelembapan tanah dan komposisi kimia yang kaya dengan ion antara faktor penyumbang kepada kerosakan saluran paip gas bawah tanah.

Katanya kelembapan tanah boleh mempercepatkan proses hakisan.

‘Ta kerana air dalam tanahbertindak sebagai elektrolit yang menyebabkan reaksi kimia dengan logam paip.

“Oksigen yang terlarut dalam tanah akan turut menyebabkan oksidasi pada paip logam. Hakisan berlaku lebih cepat apabila ada banyak oksigen yang mencapai paip,” katanya kepada BH.

Mohammad berkata, faktor keasaman atau PH tanah turut mempercepat hakisan dan merosakkan lapisan pelindung paip.

“Komposisi kimia tanah yang kaya dengan ion juga akan menyebabkan ia bertindak lebili agresif terhadap logam.

“Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada hakisan saluran gas paip bawah tanah. Justeru adalah penting untuk memastikan saluran paip gas sentiasa diperiksa dan ditukar mengikut tempoh-tempoh tertentu,” katanya.

Mengulas mengenai keselamatan saluran paip gas yang berdekatan, Mohammadberkata, ke(Foto BERNAMA) semua paip berkenaan dilengkapi dengan stesen kawalan.

“Gas boleh diberhentikan dengan serta-merta menerusi stesen kawalan. Namun, api masih marak selagi terdapat gas di dalam paip yang sudah ditutup.

“Sekarang kita hanya bergantung kepada kecekapan dan kepakaran pihak bomba untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

TPM harap mangsa terima bantuan sewajarnya Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap bantuan sewajarnya dapat disalurkan segera kepada niangsa yang terkesan daripada kebakaran akibat letupan paip gas di Putra Heights semalam.

Dalam kenyataan di Facebook, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara mendoakan semua urusan dipermudahkan.

Pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi berkaitan yang berusaha sedaya upaya mengawal insiden kebakaran itu..