| Perjuangan menentang rasuah di Malaysia bukan hanya satu tugas, tetapi sebuah misi memerlukan keberanian, ketabahan dan komitmen yang tinggi. Malaysia inengliadapi cabaran besar untuk memastikan integriti menjadi asas utama dalam pentadbiran dan kehidupan masyarakat. Lagu The Impossible Dreain dendangan kumpulan The Quest menggambarkan semangat juang relevan dalam konteks ini, kerana ia melambangkan perjuangan tidak mudah, tetapi perlu diteruskan walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Lagu ini menyampaikan mesej mengenai kecekalan dan keberanian menghadapi cabaran. Frasa seperti tofight the unbeatablefoe dan to right the unrightable wrong mencerminkan perjuangan menentang rasuah yang sering kelihatan mustahil, tetapi harus diteruskan. Rasuah bukan hanya masalah moral, tetapi penghalang utama kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Di Malaysia, usaha membanteras rasuah sering berhadapan dengan cabaran seperti ketirisan dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa dan kelemahan penguatkuasaan. Namun, seperti dalam lagu ini, perjuangan harus diteruskan meskipun perjalanan penuh dengan halangan, perubahan boleh dicapai dengan komitmen berterusan. Rasuah sering dianggap musuli sukar ditundukkan kerana ia berakar dalam sistem dan budaya di banyak tempat. la berlaku bukan hanya pada peringkat kerajaan, tetapi dalam kehidupan seharian, termasuk dalam sektor awam dan swasta. Transparency International (TI) melaporkan Malaysia masih berdepan cabaran besar meningkatkan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Walaupun usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agresif, masalah ini tetap berleluasa kerana wujudnya rangkaian melindungi pesalah rasuah. Oleh itu, memerangi rasuah memerlukan lebih daripada penguatkuasaan, ia juga memerlukan perubahan minda dan budaya dalam masyarakat. Perkukuh jati diri Golongan muda seperti pemimpin pelajar dan penjawat awam baharu perlu diperkukuhkan jati diri untuk menghindari rasuah. Jiwa mereka diisi dengan nilai integriti sejak awal supaya tidak terjebak rasuah apabila memasuki dunia pekerjaan. Ketelusan dalam pentadbiran pula satu isu yang tidak boleh dikompromi. Salah satu inisiatif patut dipertingkatkan adalah penggunaan teknologi seperti sistem e-tender lebih telus dan penggunaan kamera badan bagi pegawai penguat kuasa untuk mengurangkan peluang berlakunya rasuah. Keberanian adalah elemen penting dalam perjuangan menentang rasuah, seperti dinyatakan dalam lirik lagu berkenaan. Individu yang berani mendedahkan kes rasuah sering berdepan dengan ancaman dan tekanan. Oleh itu, perlindungan kepada pemberi maklumat perlu diperkukuh untuk memastikan lebih ramai berani tampil tanpa rasa takut. Wujud keperluan untuk memperbaiki Akta Perlindungan Pemberi Maklumat supaya mereka yang melaporkan kes rasuah mendapat perlindungan sewajarnya. Tanpa perlindungan yang kuat, mereka mengetahui kes rasuah mungkin memilih untuk berdiam diri kerana takut akibat bakal dihadapi. Satu lagi cabaran dalam perjuangan ini adalah memperbetulkan kesalahan sudah berakar umbi seperti digambarkan dalam lagu berkenaan. Rasuah yang sudah lama berakar umbi memerlukan reformasi besar dalam dasar, penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan masyarakat. Kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta perlu diperkasakan lagi untuk merangka strategi jangka panjang dalam menangani rasuah. Langkah penting adalah memastikan tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit dalam rasuah, tanpa mengira status atau pangkat mereka. Walaupun rasuah kelihatan seperti musuh sukar ditundukkan, setiap usaha kecil menuju ketelusan dan integriti akan memberi impak jangka panjang. Malaysia memerlukan lebih ramai individu sanggup berkorban demi kebenaran dan keadilan. Usaha berterusan akan membawa kita lebih dekat kepada matlamat untuk melihat negara bebas rasuah. Semangat dalam The Impossible Dream harus menjadi inspirasi bagi semua pejuang integriti di Malaysia. Dengan keberanian dan komitmen tidak berbelah bahagi, kita boleh mencipta negara lebih bersih dan telus.. |