| Setiap kali musim perayaan, suasana penuh dengan kegembiraan selepas sebulan berpuasa.
Namun, di sebalik kemeriahan ini, isu perbelanjaan berlebihan sering menjadi kebimbangan dengan ramai terjerat dalam hutang akibat ingin meraikan perayaan secara mewah. Konsep sambutan berteraskan nilai boleh dijadikan panduan bagi memastikan perayaan diraikan secara bermakna tanpa menjejaskan kewangan. la menekankan kepentingaii kesederhanaan, kebersamaan, kesyukuran dan tanggungjawab kewangan dalam perbelanjaan perayaan selaras pendekatan Malaysia MADANI yang menitikberatkan kesejaliteraan rakyat dan pengurusan kewangan mampan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu kenyataan nienekankan kepentingan mengamalkan gaya liidup sederhana ketika perayaan dan mengelakkan pemborosan yang boleh menjejaskan kesejahteraan keluarga dalam jangka panjang. Beliau menegaskan budaya wasatiyyah (kesederhanaan) perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan, termasuk dalam menyambut Aidilfitri. Menurut Perdana Menteri, Aidilfitri seharusnya menjadi masa kita menghargai nilai kekeluargaan dan persaudaraan bukan sekadar berlumba-lumba mempamerkan kemewahan. Menurut statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), hutang isi rumah di negara ini terus meningkat dengan lonjakan ketara sekitar musim perayaan. Ramai terdorong berbelanja melebihi kemampuan demi mengekalkan imej atau memenuhi tekanan sosial. Hakikatnya, perayaan bukan mengenai kemewahan, tetapi menghargai nikmat, mempererat silaturahim dan berkongsi kegembiraan. Berbelanja ikut keperluan sebenar Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Isi Rumah AKPK, Mohd Khairil Asliraf, dalam sesi bual bicara di Perpustakaan Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Library FSL) turut menekankan perbelanjaan harus sejajar dengan matlamat kewangan jangka panjang dan keperluan sebenar, bukannya sekadar kehendak. Bagi memastikan Aidilhtri disanibut penuh kesyukuran dan kebijaksanaan dalam berbelanja, masyarakat disarankan menyediakan bajet perayaan realistik, merancang pembelian secara berperingkat dan mengelakkan pembelian impulsif. Dalam usaha mengawal perbelanjaan, Perdana Menteri menggalakkan penggunaan kaedah tradisional seperti sistem sampul tunai bagi niengelakkan perbelanjaan berlebihan. Perayaan bermakna tidak diukur melalui banyak hidangan atau kemewahan, tetapi kasih sayang dan kegembiraan dikongsi bersama. Konsep sambutan berteraskan nilai menggalakkan kita meraikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan tanggungjawab kewangan. Menurut Timbalan Pengarah FSL, Mohd Irman Mohd Din, literasi kewangan amat penting dalam memastikan kesejahteraan masyarakat. FSL berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan Literasi Kewangan dengan mendidik niasyarakat melalui penyediaan sumber pendidikan kewangan yang mudah diakses. Selain itu, pusat ini memperkasakan individu dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran pengurusan kewangan serta meiiggalakkan keterangkuman kewangan, terutama bagi golongan rentan dan terpinggir. Katanya, FSL berkomitmen dalam memastikan kestabilan dan keterangkuman kewangan negara dapat dicapai, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara keseluruhan. Oleh itu, masyarakat digalakkan untuk menyambut Aidilhtri dengan lebih bijak, mengelakkan hutang dan meraikan kebahagiaan bersama keluarga. Ini seiring aspirasi Malaysia MADANI meiigutamakan kesejahteraan rakyat dan pengurusan kewangan berhemat. |