| Gua Musang: Paras air Sungai Balar yang meningkat akibat hujan lebat petang, semalam menyebabkan jambatan yang baru dibina minggu musnah. Gua Musang: Paras air Sungai Balar yang meningkat akibat hujan lebat petang, semalam menyebabkan jambatan yang baru dibina minggu musnah. Jambatan yang diperbuat daripada kayu dan buluh itu dibina bagi menggantikan jambatan besi yang runtuh pada 9 Mac lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Hanan Anjang berkata jambatan itu siap dibina kira-kira seminggu lalu dan digunakan oleh penduduk kampung serta murid untuk menyeberang Sungai Balar. "Namun, hujan lebat antara jam 2 hingga 6 petang semalam menyebabkan paras air Sungai Balar naik dan memusnahkan jambatan yang dibina. "Ia menyebabkan penduduk di 10 kampung terputus hubungan. Mereka tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang untuk membeli barangan makanan, manakala penduduk di tiga kampung pula tidak dapat menghantar anak ke sekolah. "Rasa kecewa sangat apabila melihat jambatan yang dibina dengan hasil titik peluh sendiri musnah dihanyutkan arus deras petang semalam. "Hanya seminggu kami sempat menggunakan jambatan terbabit sebelum kembali runtuh," katanya ketika dihubung, hari ini. Susulan kejadian terbabit, penduduk bergotong royong membina jambatan daripada kayu dan buluh untuk kegunaan sementara penduduk dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar. Hanan berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 kampung terputus hubungan dan menimbulkan keresahan kepada hampir 400 penduduk. Katanya, kini tujuh kampung tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang untuk membeli barangan makanan, manakala penduduk di tiga kampung pula tidak dapat menghantar anak ke sekolah. "Rasa kecewa sangat apabila melihat jambatan yang kami bina dengan hasil titik peluh sendiri musnah dihanyutkan arus deras petang semalam. "Hanya seminggu kami sempat menggunakan jambatan terbabit dan semalam ia kembali runtuh. Akibat kejadian itu tujuh kampung iaitu Kampung Telur, Kampung Perawas, Kampung Manjul, Kampung Balar Lama, Kampung Tembaga, Kampung Dakoh dan Kampung Peng tidak dapat keluar ke Bandar Gua Musang untuk membeli barangan makanan. "Selain tiga kampung lagi iaitu Kampung Barung, Kampung Ipes dan Kampung Tidag akan menghadapi masalah untuk menghantar anak ke sekolah selain guru yang akan datang untuk mengajar selepas habis bercuti terpaksa mengharungi air Sungai Balar," katanya. Menurut Hanan, penduduk mungkin akan membina kembali jambatan terbabit, namun tetap mengharapkan bantuan pelbagai pihak untuk membantu membina jambatan yang lebih kukuh. Katanya, jambatan sementara yang lebih baik dan kukuh perlu dibina untuk kegunaan sementara penduduk menyeberang Sungai Balar terutama bagi murid-murid sekolah. "Walaupun ada jalan alternatif dengan melalui Pos Belatim dan Pos Bihai namun perjalan jauh kami terpaksa tempuh selain terdapat risiko keselamatan yang membabitkan serangan haiwan liar," katanya. Terdahulu pada 9 Mac lalu media melaporkan Hampir 400 penduduk dari tiga kampung di Pos Balar, dekat sini terputus hubungan apabila jambatan gantung besi Sungai Balar yang menghubungkan kampung itu terputus akibat banjir. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang berkata tiga kampung terbabit adalah Kampung Barung, Kampung Ipes dan Kampung Tidag. Susulan itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam kenyataan berkata, akan menyegerakan pembinaan baharu jambatan Sungai Balar yang terputus akibat banjir untuk kemudahan pejalan kaki dan pengguna motosikal. Menurut JAKOA,, jambatan besi yang terputus itu sudah termasuk dalam senarai perancangan untuk dibaik pulih bagi tahun ini. Tamat. From: Linda. |