KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri bagi memastikan rakyat dapat menyambutnya dalam suasana aman dan harmoni.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri bagi memastikan rakyat dapat menyambutnya dalam suasana aman dan harmoni. Beliau berkata komitmen dan dedikasi pegawai serta anggota polis terutamanya yang menjaga sempadan dan kawalan trafik dalam memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat tetap terpelihara amatlah dihargai dan dikagumi.

"Saya amat memahami bahawa tugas ini bukanlah mudah.

Ketika rakyat bergembira menyambut lebaran bersama keluarga, anda tetap menjalankan amanah memastikan keselamatan negara terus terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini..