| KOTAKINABALU: Gesaan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang mengajak seluruh rakyat di negeri ini supaya bersama-sama mengekalkan perpaduan merupakan satu usaha yang boleh menyumbang kepada pembangunan negeri. Ketua Pemuda Gabungan Rakyai Sabah (GRS) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin berkata apa yang disarankan oleh Ketua Menteri wa jar diamati bukan saha ja ketika musim perayaan tetapi juga perlu diteruskan sepanjang masa. Beliau berkata, ia merupakan satu mesej yang penting bagi memastikan seluruh rakyat Sabah kekal bersatu tanpa mengira bangsa dan agama demi mengckalkan keharmonian, yangmerupakan tunjang kekuatan rakyai di negeri ini sejak dahulu. “Saranan beliau (Hajiji) sangat tepat dan penuh dengan nilai murni. Dalam perutusan beliau sempena Hari Raya yang bakal menjelang, beliau menyeru seluruh rakyat Sabah untuk kekal bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. “Ini adalah mesej yang amat penting, teruiamanya dalam konteks semua rakyat yang ada di negeri ini, yang kaya dcngan pelbagai suku kaum dan budaya. “Masa yang sangat tepat seperti AidiUitri akan mengingatkan kiia tentang nilai kesabaran, ketabahan, dan semangat tolong-menolong, adalah langkah yang sesui un - tuk memupuk perpaduan. “Semangat ini mesti diteruskan bukan hanya dalam musim perayaan, tetapi juga sepanjang masa," katanya ketika menghubungi Utusan Borneo bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri pada Sabtu. Tambah Shahril, apabila rakyat membentuk kerjasama dan semangat kekitaan yang utuh, ia secara tidak langsung berupaya bukan sahaja memperkukuhkan ikalan tetapi juga mempercepatkan pembangunan negeri yang diyakini akan rnemberi manfaat yang cukup besar kepada rakyat. “Dengan menyokong satu sama lain serta membantu golongan yang kurang bernasib baik, kita dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat. “Mudahan semangat perpaduan ini terus berkembang, dan kita semua boleh menyumbang kepada kemajuan negeri dengan memberi fokus kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat. “Justeru marilah kila me~ manfaat setiap peluang demi kepentingan bersama bagi mencapai kejayaan yang jauh lagi besar yangakan memberi inipak yang signifikan dalam kehidupan mendatang,” katanya.. |