KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)menegaskan komitmennya untuk menjaga kepentingan Islam serta agama-agama lain demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kepelbagaian masyarakat di Sarawak menjadi kekuatan utama negeri ini, dengan keharmonian antara pelbagai kaum dan agama terus dipelihara.

"Perkembangan dan kemajuan agama Islam di negeri ini diberikan penekanan berdasarkan prinsip magasid syariah, yang bertujuan menjaga kebaikan dan menolak keburukan.

“Sehubungan itu, pelbagai masjid telah dibina di selurub Sarawak bagi menyediakan kemudahan ibadah yang selesa kepada umat Islam.

“Pada masa yang sama, tempat ibadah bagi agamaagama lain turut diberi perhatian melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Uin (UNIFOR),” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidilftri 2025 di sini, semalam.

Menurut Abang Johari, UNIFOR berperanan memastikan semua penganuL agama mempunyai tempat ibadah yang selesa untuk menunaikan kewajipan masing-masing.

Katanya ia sehras dengan dasar kerajaan negeri dalam memelihara keharmonian dan perpaduan antara masyarakat berbilang agama di Sarawak.

Beliau dalam pada itu menyeru kepada rakyat Sarawak untuk terus memelihara keamanandan keharmunian dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Keamanan yang dinikmati selama ini bukanlah sesuatu yang berlaku dengan sendiri, tetapi hasil usaha bersama dalam memupuk toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Sejak sekian lama, rakyat Sarawak telah mengamalkan budaya saling menghormatiserta mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan,” ujarnya.

Abang Johari menegaskan, okh itu semua pihak digesa untuk terus mempeikukuhkan hubungan baik antara umat Islam dengan masyarakat lain di negeri ini.

Selain nu, masyarakat diingatkan agar tidak terjebak dalam pcrbalahan agama dan kaum, terutama dalam isu-isu remeh yang boleh menjejaskan keharmoniam ujarnya.

“Sekiranya berlaku perbezaan pendapat, penyelesaian harus dicapai secara bijak tanpa menjejaskan perpaduan yang telah lama terbina di Bumi Kenyalang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau dan isteri, Datuk Amar Juma''ani Tuanku Bujang mengucapkanSelamat Hari Raya AidilGtri kepada seluruh umat Islam di Sarawak dan di seluruh negara.

“Sempena hari baik bulan baik ini saya berdoa agar keharmonian dan perpaduan rakyat Sarawak terus terpelihara, “Ini kerana kesefahaman antara masyarakat majmuk di Bumi Kcnyalang ini adalah tonggak kepada pembangunan pada era yangpenuh dengan cabaran dan pembaharuan ini," katanya.

"Pada masa yang sama, tempat ibadah bagi agama-agama lain turut diberi perhatian melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Damk Tan ki Abang J?luri Tun Optng Pmerimai".