KENINGAU: Penduduk Bukit Indah Permai, Kampung Bariawa Ulu bakal menikmati jalan yang lebih selesa dan selamat.

Kerja-kerja pengorekan sisa tanah runtuh dan *levelling* jalan kini giat dijalankan pada fasa pertama sebelum proses konkrit dimulakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman berkata, setelah kerja-kerja tanah disiapkan, laluan itu kemudiannya akandikonkrit dan beliau berharapsegalanya dipcrmudahkan.

Beliau berkata, semua yang dilakukan itu adalah bagi memastikan penduduk setempat mcndapat manlaatnya lebih-lebih lagi yang sering menggunakan laluan itu setiap hari.

Tegasnya, setiap tnisiatif pembangunan yang dilaksanakan bukan sekadar projek biasa, tetapi sebahagian daripada misinya untuk memastikan kesejahteraan rakyat khususnya di Liawan terus terbela..