| KOTA KINABALU: Seluruh rakyat Sabah tidak kira bangsa dan agama diajak untuk sama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian* Ketua iMenteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata5 semua pihak perlu bersama-sama membangunkan negeri ini sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat. “Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mendengar, memahami seterusnya bertindak menyelesaikan masalah serta isu yang dihadapi oleh rakyat/'' katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiihtri 2025. Hajiji berkata, sempena Hari Raya Aidilhtri yang mulia ini, adalah penting untuk semua mengingati mereka yang kurang bernasib baik. “Dengan semangat bersedekah dan ihsan yang merupakan salah satu makna Aidilhtri, marilah kita menghulurkan tangan dengan hati terbuka untuk membantu mereka yang memerlukan. “Semoga kita semua berusaha untuk menyokong satu sama lain, memperkukuh semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang terkandung dalam perayaan ini. “Dalam meraikan Hari Raya Aidilhtri, jangan kita lupa untuk bersyukur dengan kekuatan dan ketabahan kita sepanjang bulan Ramadan. “Ketika berpuasa dan muhasabah diri ini membawa kita lebih dekat kepada iman, mengingatkan tentang kepentingan kesabaran, ketabahan dan pemahaman. “Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilhtri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat yang meraikannya,” katanya.. |