| KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan sosioekonomi Bumiputera melalui strategi 3P: Penyertaan, Pemilikan, dan Penguasaan. Inisiatif ini dirangka untuk meningkatkan penyertaan dan pengaruh Bumiputera dalam sektor ekonomi uta-Ketua Pengarah MARA, Dato'' Zulfikri Osman, menegaskan bahawa strategi ini bukan sekadar slogan tetapi usaha konkrit untuk memperkasakan sumbangan Bumiputera dalam industri negara. “Strategi 3P bukan sekadar retorik; ia perlu dibuktikan melalui penglibatan yang semakin meningkat oleh komuniti Bumiputera dalam sektor ekonomi dan perindustrian,” katanya. Bercakap dalam program Naratif Eksklusif Bersama Ketua Pengarah MARA di Ibu Pejabat MARA semalam, Zulfikri menekankan bahawa inisiatif ini bertujuan melengkapkan bakat Bumiputera dengan kemahiran yang diperlukan bagi meningkatkan produktiviti ekonomi. “Semakin ramai individu yang berkemahirandan profesional yang kita lahirkan, semakin besar potensiBumiputera untuk menerajui sektor ekonomi,” tambahnya. Zulfikri turut menekankan kepentingan ekosistem pendidikan yang bersepadu dalam MARA bagimemastikan peralihan yang lancar dari pendidikan ke alam pekerjaan. Beliau menjelaskan bahawa pelajar MRSM didedahkan lebih awal kepada laluan kerjaya profesionalserta Pendidikan dan La tihan T e knikal dan Vokasional (TVET). “Melaluisektor pendidikan kami, kami melahirkan graduan Bumiputerayang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya dalam pelbagai industri. Ini membuka peluang kepada mereka untuk memasuki pasaran kerja atau menyertai aktiviti ekonomi negara,” katanya. Selain penempatan pekerjaan, MARA juga memupuk keusahawanan dengan menyediakan sokongan kepada graduan profesional dan TVET untuk memulakan perniagaan sendiri. “Sebelum ini, penyertaan dalam tenaga kerja adalah matlamat utama. Kini, kami menggalakkanmereka untuk memiliki perniagaan, sejajar dengan elemen pemilikan dalam strategi 3P,” ujar Zulfikri. Beliau menegaskan bahawa GIATMARA bakal menjadi institusi berkemahiran tinggi dengan menawarkan program latihan dari Tahap 1 hingga Tahap 5. Beliau juga menekankan keperluan bagi sektoi pelaburan dan anak syarikat MARA untuk mengamalkan tadbir urus korporat yang lebih cekap bagi meningkatkan prestasi perniagaan dan daya saing. “Anak syarikat MARA perlu mengenal pastipeluang dan pasaran baharu untuk kekal berdaya saing serta memacu pertumbuhan yang mampan,” tambahnya. Beliau menyeru warga MARA agar meng hayati nilainilai organisasi dengan mengamalkan integriti, komitmen, serta objektif strategi 3P bagi memacu kemajuan bermakna untuk komuniti Bumiputera.. |