Kuala Lumpur: Pemerkasaan Bumiputera melalui pendekatan 3R iaitu ‘Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan'' menjadi kaedah berimpak tinggi yang dilihat mampu menerajui pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman, berkata sebagai peneraju mengangkat martabat Bumiputera, matlamat 3P oleh MARA itu bukan sekadar retorik semata-mata, namun akan dibuktikan melalui peningkatan sumbangan masyarakat Bumiputera dalam industri negara.

“Saya percaya model yang kita laksanakan ini ialah usaha bertepatan memastikan Bumiputera terbabit serta memiliki kepakaran yang tinggi untuk memacu produktiviti ekonomi negara.

“Semakin ramai golongan tenaga mahir dan profesional yang kita lahirkan, maka akan memberi impak besar terhadap penguasaan ekonomi yang berpotensi dipelopori anak Bumiputera,” katanya pada program Naratif Eksklusif Ketua Pengarah MARA, di Ibu Pejabat MARA. Mengulas lanjut, Zulfikri berkata, ekosistem pendidikan MARA akan mewujudkan artikulasi yang lebili lancar seperti pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang didedahkan dengan laluan kerjaya bidang profesional serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

jahirgraduanterampil Beliau berkata, melalui sektor pendidikan, MARA akan melahirkan graduan Bumiputera berpengetahuan dan berketerampilan, seterusnya membuka peluang kerjaya dalam industri dan ekonomi negara.

Melalui fungsi sektor keusahawanan MARA pula, Zulfikri berkata, pelajar daripada bidang profesional mahupun TVET juga diberikan laluan untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Jika dulu mereka boleh bekerja, maka ia dikenal pasti sebagai elemen penyertaan, kini mereka boleh memiliki entiti perniagaan tersendiri yang dimaksudkan dengan elemen pemilikan.

“Menyentuh soal TVET, pada peringkat GiatMARA, kita mahukan institusi berkenaan nienjadi pusat berkemahiran tinggi, iaitu menyediakan kompetensi pelatih daripada tahap 1 hingga tahap 5,” katanya.

Selain itu, Zulfikri menekankan sektor pelaburan MARA, kliususnya kepada subsidiari MARA yang perlu memiliki tadbir urus korporat efisien serta mengenal pasti peluang dan pasaran baharu untuk meningkatkan daya saing dan prestasi perniagaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru warga kerja MARA agar sentiasa mendalami semangat MARA dalam diri bagi memastikan nilai integriti, kesungguhan bekerja dan matlamat 3P dapat dicapai dengan sebaiknya..