Oleh Siti Arsyah Nanidin KOTA KINABALU: Kcrajaan negeri akan mempertimbangkan semula untuk memperbaharui konirak yang ditamatkan dengan Kopcrasi Serbaguna Sanva Bhd(KOSAN).

Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata. tindakan itu hanya akan diatnbilsekiranya pihak KOSAN dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Menurutnya, selepas Mesyuarat Kabinet Negeri pada 26 Mac lepas, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi peluang kedua kepada KOSAN sekiranya syarikat itu dapat dirombak serta mengikut syarat yang ditecapkan.

Beliau berkata, selama ini terdapat banyak aduan mengcnai kualiti kasut sekulah dan pakaian seragam yang diedarkan kepada lebih 287,777 pelajar sckolah rendah di seluruh Sabah.

“Jika spesihkasi bekalan ini dapat diperbaiki dan syarat-syarat lain dipenuhi, termasuk bekerjasama dengan syarikat swasta yang stabil dan berkemampuan, kerajaan negeri mungkin akan mempertimbangkan untuk memberi mereka pembaharuan kontrak pada akhir tahun ini,” kaianya pada sidang media di sini Rabu lepas.

Ellron berkata, pada 20 Mac tahun lalu, pembaharuan kontrak KOSAN ditandatangani dan sepatutnya bciaklm pada akhir lahun ini dengan syarat perlu bckerjasama dengan syarikat swasta.

Namun jelasnya, sehingga 24 Julai tahun lalu, tiada kemas kini mengenai syarat berkenaan sama ada pihak KOSAN merancang untuk mengikut syarai yang ditetapkan.

Menurutnya, berikutan tiada jawapandaripada pihak KOSAN berhubung perkara itu, kerajaan negeri memutuskan untuk menamatkan kontrak pada 19 September 2024.

Ellron berkata, selepas penamatan kontrak, koperasi itu terpaksa melepaskan seramai 230 pekerja dan menutup operasi ibu pejabat dan kilang-kilangnya di Tuaran dan Papar.

“Kami bersimpati dengan pekerja-pekerja ini, tetapi kami hanya boleh menunggu sehingga pihak KOSAN dapat memenuhi syarat yang ditetapkan untuk pertimbangan pembaharuan kontrak kerana ia perlu diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata, jika KOSAN ingin memohon dan mendaftar dalam tender terbuka tahun ini, mereka juga boleh berbuat demikian.

T uru t hadir, T imbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Henry Idol..