| SUBANG JAYA: Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah dapat memastikan harga barangan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidiliitri terkawal, selain tiada masalah kekurangan bekalan bahan makan an ber 1 aku, kata P er - dana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Beliau berkata, hasil tindakan berterusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makaman (KPKM), juga berjaya memastikan harga barangan makanan tertentu menjadi Lebili murah dalam tempoh berkenaan. “Tidak ada masalah kekurangan barang dan ia (SHMMP) juga dapat memastikan harga itu turun, terutamanya macam telur (masih ada di pasaran) dan banyak barang Lain lag i, ” kata Perdana Menteri. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Singgah MADANI bagi meninjau harga barang sempena SHMMP sempena Hari Raya Aidillitri di Pasar Raya Mydin USJ Subang semalam. Turut hadir Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Datuk Dr Ameer Ali Mydin. Anwar turut berterima kasih kepada pengurusan Mydin Holdings (Mydin) yang turul serta dalam membantu menawarkan harga berpatutan kepada rakyat. “Syarikat seperti Mydin membantu supaya barangbarang yang tidak termasuk dalam kawalan produk, dia cuba turunkan harga,” kata beliau. ProgramSinggah MADANI bertujuan untuk memberi penerangantentang usaha dan dasaryang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI, dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. dikendalikan oleh AKM, Selain daripada Forum antara pengisian lain dalam Cakna Kenegaraan yang Program Singgah MADANI pada kali ini ialah Kempen Penurunan Harga Barangan oleh pihak KPDN. Terdahulu Anwar yang tiba pada jam 11.40 pagi itu turut meluangkan masa meninjau harga dan kuantiti barangan di pasaran? serta merasmikan kempen turun harga dan peletakan logo Malaysia MADANI di pasar raya itu. Perdana Menteri turut melancarkan jualan Happy Hour Singga h M ADANI yang menyaksikan ramai pembeli mengambil peluang membeli barangan keperluan dengan harga yang berpatutan. - Bernama "ttTidakada masalah kekurangan barang dan ia (SHMMP) juga dapat memastikan harga itu turun, terutamanya macam telur (masih ada di pasaran) dan banyak barang lain lagi. Datuk StriAnwar Ibrahim PtnlawMerttji". |