SUBANG JAYA: Program Singgah MADANI bukan sahaja membantu meningkatkan pengetahuan pembeli mengenai usaha dan dasar kerajaan, tetapi juga menawarkan harga yang lebih berpatutan untuk keperluan harian.

SUBANG JAYA: Program Singgah MADANI bukan sahaja membantu meningkatkan pengetahuan pembeli mengenai usaha dan dasar kerajaan, tetapi juga menawarkan harga yang lebih berpatutan untuk keperluan harian. Inisiatif ini secara langsung meringankan beban perbelanjaan, memberi peluang kepada rakyat untuk memenuhi keperluan mereka tanpa perlu risau tentang kos yang tinggi terutama menjelang musim perayaan.

Berbeza dengan inisiatif Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan barangan asas pada harga berpatutan, program Singgah MADANI pula berbentuk advokasi mengenai usaha dan dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara..