| KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerima lima jahitan di kepala selepas ditimpa basikal kanakkanak dicampak dari tingka t 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) PadangHilirandi sini, petang kelmarin. Kejadian berlaku semasa Azuraini Yazid, 43, yang tinggal di tingkat sembilan PPR itu sedang berjalan untuk membuang sampah di rumah sampah berdekatan. Suaminya Jusri Ibrahim, 48, bcrkata, Azuraini tidak sedarkan diri selepas ditimpa basikal itu. “Kejadian disedari anak percmpuan saya yang kebctulan keluar mengambil motosikal di tempat parkir kerana hendak ke kedai. “Penduduk yang menyaksikan kcjadian juga segera mendapatkan bantuan. Azuraini kcmudiannya dibawa ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi semalam. Jusri bcrkata, behau telah pun berjumpa dengan pemilik basikal untuk mendapatkan pcnjelasan, bagaimanapun individu itu mendakwa basikal milik anaknya yang diletakkan di kaki lima rumah telah dibuang oleh penghuni lain. Sementara itu, Ketua Polis Dacrah Kuala T crengganu ACP Azli Mohd Noor mcngesahkan kejadian dan pihaknya sudah merakam percakapan seorang pcnduduk di PPR berkenaan. “Kita akan jalankan siasatan lanjut. Mangsa juga dilapoi berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenaikan pulang ke rumah pagi tadi (semalam),” katanya. - Bcrnama. |