| PUTRAJAYA: "Terima Kasih Kerajaan MADANI," begitu ungkapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menikmati Insentif Rebat RAHMAH secara PUTRAJAYA: "Terima Kasih Kerajaan MADANI," begitu ungkapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menikmati Insentif Rebat RAHMAH secara one-off yang dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi sempena Hari Polis Ke-218. Lebih 127,000 anggota PDRM akan menerima rebat bil telefon yang akan dilaksanakan Kementerian Komunikasi secara one-off dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan itu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pemberian insentif one-off itu menunjukkan pelbagai pihak lain turut menghargai jasa dan sumbangan anggota dalam menjaga keselamatan dan memastikan ketenteraman awam sentiasa dipelihara. "Kami berterima kasih kepada kerajaan di atas inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan warga PDRM tetapi juga 'menceriakan' suasana sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. "Pengiktirafan ini adalah lambang penghargaan tulus kepada pengorbanan, keringat, dan dedikasi anggota PDRM yang sentiasa berkhidmat di barisan hadapan untuk keselamatan rakyat. "Ia juga membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat akan kebajikan pasukan keselamatan negara. "Semoga pemberian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua anggota PDRM untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih, ikhlas, dan berintegriti," katanya. Foto NSTP Deputi Superintendan, Nor Faizal Nor Hashim, berkata walaupun insentif itu disambut positif keseluruhan warga PDRM, namun ia memerlukan penambahbaikan dalam aspek aspek tertentu pada masa depan. "Pemberian ini tidak merangkumi semua golongan terutama bagi mereka yang menggunakan nombor telefon atau bil di atas nama pasangan. "Saya percaya ia tidak akan mengganggu kualiti kerja anggota namun penambahbaikan ini perlu supaya ia dapat diperluaskan supaya ia dinikmati semua anggota PDRM jika dilaksanakan lagi pada masa depan. "Saya cadangkan agar insentif ini disalurkan terus ke dalam akaun semua warga PDRM tanpa sebarang syarat kelayakan," katanya yang bertugas di Bukit Aman. Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Koperal Rahman Bidin, berkata insentif yang dilaksanakan itu adalah tindakan baik namun berharap ia dapat diperbaiki supaya boleh diperluaskan kepada semua anggota pasukan keselamatan. "Saya berpandangan adalah lebih baik ia dikreditkan terus ke nombor telefon yang berdaftar supaya ia lebih memudahkan. Ia juga boleh diperluaskan kepada anggota keselamatan yang lain selain PDRM," katanya. Kelmarin, Kementerian Komunikasi mengumumkan pemberian Insentif Rebat Rahmah sempena Hari Polis Ke-218, sekali gus anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar (postpaid) akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan sama ada pada April, Mei atau Jun bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat. Bagi anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar (prepaid) pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 secara one-off dan kaedah pemberian rebat adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit. Insentif ini mendapat kerjasama dan sokongan oleh syarikatpenyedia perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONEdan XOX Com. Program ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengiktiraf dan menghargai pengorbanan anggota PDRM atas komitmen dalam menjalankan tugas untuk menjaga kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara.. |