PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi scmalam mengumumkan pemberian Insentif Rebat RAHMAH secara sekali bayar kepada Jebih 127,000 anggota Pohs Diraja Malaysia (PDRM) bersempena Sempena Hari Pulis Ke-218.

Dalam kenyataan $emahm, kementerianitumemakl umkan bahawa tawaran berkenaan dilaksanakan dengau kerjasama pcnyedia p?rkhidmatan telekomunikasi, khususkcpada anggota PDRM, meliputi anggota beruniform dan awam yang berkhidmat denganpasukan keselamatan itu.

Menurui kenyataan itu pcmbcrian insentif berkenaan disokong oleh syarikat penyedia perkbidmatan telekomunikasi Celcom-Digi, Maxis> U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE dan XOX Com.

Memperincikan insentif itu, Kementerian Komunikasi berkata angguta PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan sama ada pada April, Mei atau Jun, bergantung kepada Urikh kitaran bil penerima rebat.

“Anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar pulaakanmenerinia tambah nilai prabayar minimum RM30 secara sekali bayar dan kaedah pemberian rebat adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Komunikasi bcrkata inscntif tcrscbut sejajar dengan hasrat kerajaan MADANI bagi mengiktiraf dan menghargai pengorbanan anggota PDRM atas komitmen dalam menjalankan tugas bagi menjaga kesejahteraan rakyat serta kesehmatan negara.

Maklumat lanj ut mengcnai insentif itu akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.

Untuk menyemak senarai soalan lazim, anggota PDRM disarankan mcrujuk laman sesa wang Kementerian Komunikasidi pauian https: www. komun ikasi. go v. m y en awam faq. - Bernama.