KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas pengorbanan dan dedikasi mereka dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara.

Selain itu, Seri Paduka Baginda juga menghargai sumbangan dan jasa pesarapesara PDRM yang turut berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka menjaga kesejahteraan rakyat.

Sempena Hari Polis Ke-218, Sultan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM bertitah, tanpa mengira waktu, anggota PDRM sebagai pasukan keselamatan berdiri di barisan hadapan.

“Mereka mempertaruhkan keselamatan dan nyawa demi menjaga ketenteraman awam, menguatkuasakan undangundang serta melindungi rakyat daripada ancaman jenayah.

“Saya berdoa kepada ALLAH SWT semoga seluruh warga PDRM terus diberikan tugas yang dipikul.

“Selamat menyambut Hari Polis Ke-218 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusot menerusi hantaran di Facebook berkata, semangat dedikasi dan pengorbanan seluruh warga kekuatan dan keselamatan dalam setiap PDRM yang bukan sahaja rela berkhidmat sepanjang masa tetapi sentiasa bersedia berkorban nyawa demi rakyat serta negara tercinta harus disyukuri dan dihargai.

“Semoga setiap titis keringat yang ditabur mendapat ganjaran kebaikan dan dikurniakan kerahmatan,” kata Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transtormasi Air (PETRA).

Tambah beliau, tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'' adalah slogan keramat yang dipegang seluruh pegawai dan anggota PDRM dalam memberi perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan serta keselamatan rakyat dan keamanan negara. - Bernama.