| Foto fail Oleh: Vinsla Santiran KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 9 April depan bagi mendengar permohonan Foto fail Oleh: Vinsla Santiran KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 9 April depan bagi mendengar permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk menggantung prosiding pembelaan. Ia terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh itu selepas peguam Teh See Khoon memaklumkan pihak pembelaan telah memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang memerintahkan pasangan itu membela diri atas pertuduhan berkenaan. Bung Moktar dan Zizie Izette, dikecualikan kehadiran semasa sebutan kes hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry mengesahkan perkara itu dan memohon supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini pada 9 April dikekalkan. Sebelum ini, Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual. Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati pada 12 Jun 2015. Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama. Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.. |