| IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mener inia bayaran zakat perniagaanberjumlah RM3>566,854 (RM3.56 juta) daripada lima syarikat korporat kepada MajEs Agama Islamdan Adat Melayu Perak (MAIPk) dilstana Iskandariah, Kuala Kangsar, kelmarin. Ketua Pegawai Eksekutif MAlPk Syamsul Hazeman Ald Salleh dalam kenyataan berkata penyerahan zakat berkenaan didahului Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutihiya Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul berjumlah RM1,499,192. Beliau berkata, Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Mesnor Bujang menyerahkan zakat sebanyak RM1,034,000, manakala Royal College Of Medicine Perak diwakili Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Kampusnya Hisshamuddin Omar menyerahkan zakat berjumlah RM400,000. “TM Technology Services Sdn Bhd diwakili Pengurus Besar Perniagaan T M ON E Wilayah U tara Ahmad Nazri Ambi ber j umlah RM509,262 dan Zaman Motors Sdn Bhd diwakiliPengarahnya Datuk Khadri Khalid dengan jumlah RM 124,400,” katanya. Syamsul Hazeman berkata majlis penyerahan zakat itu diakhiri dengan majlis iftar yang turut dihadiri pegawai agama dan imam.. |