| Oleh AIMUNITUAN LAH GUA MUSANG - Pengguna jalan raya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM150.000 membaitkan 25 kes kemalangan kenderaan melibatkan lembu berkeliaran direkodkan berlaku di daerah ini dalam tempoh dua bulan. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggaran jumlah kerugian itu dicatatkan pada Januari dan Februari lalu. Katanya, sehubungan itu, penternak perlu lebih bertanggungjawab untuk memastikan binatang ternakan mereka tidak berkeliaran di atas jalan raya terutamanya pada waktu malam sehingga mengakibatkan kemalangan. “Semua penternak terutamanya individu yang menternak lembu perlu menambat atau mengurung ternakan masingmasing menjelang Hari Raya AidilAtri ini. "Dalam tempoh Januari sehingga Februari lalu, sebanyak 25 kes kemalangan haiwan ternakan dilaporkan dengan jumlah kerugian RM150.000,” katanya. Choon Foo memberitahu, kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh dan Felda Chiku di sini, dilaporkan kerap berlaku kemalangan melibatkan haiwan ternakan. Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), Ahmad Hamdan Ubaidah berkata, sebanyak 20 tangkapan haiwan rayau membabitkan empat ekor kambing dan 16 lembu ditangkap sepanjang tahun lalu. Katanya, operasi yang dilakukan secara bersepadu itu turut melibatkan anggota polis dan Jabatan Veterinar. “MDGM memandang serius kejadian kemalangan yang membabitkan haiwan ternakan. Operasi bersepadu terhadap haiwan ternakan yang merayau di sekitar jalan terutamanya laluan utama di daerah ini dilakukan setiap bulan pada tahun ini,” katanya. IHSANMDGM. |