| IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,566,854 (RM3.56 juta) daripada lima syarikat korporat IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,566,854 (RM3.56 juta) daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh dalam kenyataan berkata penyerahan zakat berkenaan didahului Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul berjumlah RM1,499,192. Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Mesnor Bujang menyerahkan zakat sebanyak RM1,034,000, manakala Royal College Of Medicine Perak diwakili Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Kampus Hisshamuddin Omar menyerahkan zakat berjumlah RM400,000.. |