| KLUANG: Tiga ibu mengandung yang terjejas banjir di Kluang dipindah keluar dari kediaman mereka yang terputus hubungan jalan darat dengan menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia PDRM), semalam. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahnn Mohd Noh berkata, tiga ibu yang sarat mengandung itu, menipakan antara masyarakat Orang Asli yang tmggal di Kampung Orang Asli Peroh, Kampung Orang Asli Sedohok dan Kampung Orang Asli Puchor di Kahang. Beliau berkata, penerbangan ihsan olch PDRM itu melibatkan dua juruterbang dan dua kru PGU PDRM, bermula jam 11 pagi dengan melibatkan tiga penerbangan daripada Pusat l^tihan Pertahanan Awam Wilayah Selaian (PULAPAS) ke lokasi ditetapkan. “Kesemua kandungan ibu mengandung itu sekitar 36 hingga 38 minggu (sekitar lapan bulan) dan kemudiannya akan ditempatkan di Haspital Enche'' Besar Hajjah Khalsom HEBHK) Kluang untuk pemeriksaan lanjut dan menunggu masa untuk bersalin. “Operasi penerbangan ihsan ini membantu mangsa terjejas banjir yang terpuius hubungan jalan darat ditamatkan kirakira 1 pelang, melibalkan 30 pegawai dan anggota PDRM (PGU dan IPD Kluang), KKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejahat Daerah Kluang dan JabatanKemajuanOrang Asli (JAKOA),H katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan, scmalam. Sementara itu, dua juruterhang PGU PDRM yang terlibat dalani opcrasi berkcnaan ialah ACP Faizul Muhammad dihantulnspeklorMohd Luqmanulhakim Mansur serta dua kru penerbangan 1 Pemerhati Udara ‘ Sarjan Mejar KS Jagjeet Kaur dan Kopral Adeline Liu Yan Siu. Dalam pada ilu, bagi Nur Haliza Rosli, 22, dia bersyukur kerana berjaya dibawa keluar dari kediamannya di Kampung Orang Asli Peroh, kerana dia bimbang dengan kesihatan anaknya sekiranya bersalin di kawasan yang terjejas banjir. Beliau berkata, ini kali keduadia mengandung dalam situasi bencana banjir setelah anak pcrtamanya yang kini berusia tiga tahun bersalm di Hospital Mersing, yang sebelum itu dia turut ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). “Gembira dan bersy ukur... itulah yang saya dapat kalakan setelah berjaya dibawa k?luar dan kawasan yang terjejas banjir dan terputus hubungan dan kini tinggal menunggu hari sahaja lagi untuk bersalin kerana usia kandungan saya telah lapan bulan,” katanya. Seorang lagi ibu mengandung Norhamisah Bonel, 33, yang linggal di Kampung Orang Asli Sedohok sebelum ini bimbang dengan keadaan banjir yang tidak sumt dan menyukarkannya untuk melakukan pemeriksaan rutin terhadap kandungannya yang juga telah berusia lapan buhn. “Lega jugalah rasanya setelah berjaya dibawa keluar (daripada tempat banjir) dan dimaklumkan selepas ini saya akan ditempatkan di hospital sehingga bersahn,” katanya. - Bcrmma. |