| Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM TAPAH - Pengundi daripada masyarakat Orang Asli diyakini tetap teguh memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Piiihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini. Pengerusi BN dan UMNO Perak. Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau tidak pernah sesekali meragui sokongan masyarakat Orang Asli terhadap parti itu sepapjang terlibat dalam dunia politik. “Kita tidak pernah meragui sokongan dan kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap BN kerana mereka tahu kita sentiasa memberikan perhatian dan cuba sedia upaya untuk memberi pembangunan kepada mereka. "Kita harap mereka akan terus memberikan sokongan kepada calon BN daripada Kerajaan Perpaduan ini supaya terus dapat berbuat kebajikan, ada kesinambungan," katanya pada Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak di Pejabat Jabatan Kem (( Kita tidak pernah meragui sokongan dan kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap BN kerana mereka tahu kita sentiasa memberikan perhatian dan cuba sedia upaya untuk memberi pembangunan kepada mereka." ? Ditahamkan terdapat kirakira 2,156 pengundi masyarakat Orang Asli bagi PRK DUN Ayer Kuning. Terdahulu, Saarani menyampaikan bakul makanan tajaan Suruhapjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada sebahagian daripada 217 penerima masyarakat Orang Asli sekitar Batang Padang berupa barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, garam, beras dan serbuk kopi. Ditanya mengenai calon BN pada PRK Ayer Kuning, Saarani berkata, keputusan muktamad itu ditangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini berada di Mekah. PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang. Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRK itu pada 12 April, hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April dan hari pengundian 26 April depan yang melibatkan 31,897 pemilih dengan peruntukan kos kira-kira RM2.5juta.. |