Lebih 65,000 rakyat Kanada menandatangani petisyen menggesa supaya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, diisytiharkan sebagai ‘persona non grata' atau “orang tidak diingini”, menurut laman web Parlimen Kanada.

Petisyen yang dilancarkan pada 20 Februari itu mendakwa Trump sebagai penjenayah yang disabitkan kesalahan, pemberontak, dan individu yang berulang kali mengancam keselamatan serta kedaulatan Kanada.

Lebih 65,000 rakyat Kanada menandatangani petisyen menggesa supaya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, diisytiharkan sebagai ‘persona non grata' atau “orang tidak diingini”, menurut laman web Parlimen Kanada.

Petisyen yang dilancarkan pada 20 Februari itu mendakwa Trump sebagai penjenayah yang disabitkan kesalahan, pemberontak, dan individu yang berulang kali mengancam keselamatan serta kedaulatan Kanada. Petisyen itu menuntut kerajaan Kanada melarang Trump memasuki negara mereka sehingga beliau berhenti mengeluarkan ancaman yang menggugat kesejahteraan rakyat Kanada, khususnya berkaitan keselamatan kewangan dan kedaulatan negara.

Setakat jam 10.10 GMT, petisyen tersebut sudah mengumpul 65,762 tandatangan, dengan rakyat Kanada diberi tempoh hingga 22 Mac untuk menyokong tuntutan itu.

Trump sebelum ini beberapa kali membuat kenyataan kontroversi, termasuk mendakwa Kanada seharusnya menjadi negeri ke-51 AS.

Beliau mendakwa penyertaan Kanada dalam AS akan memberi manfaat dari segi ekonomi dan mengelakkan tarif perdagangan.

Ketegangan antara kedua-dua negara memuncak selepas AS mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua barangan bukan tenaga dan 10 peratus ke atas barangan tenaga dari Kanada, mendakwa negara jiran itu gagal menangani isu penyeludupan dadah serta migrasi haram merentasi sempadan.

Trump kemudian mengarahkan tarif tambahan sebanyak 25 peratus terhadap semua import keluli dan aluminium dari Kanada.

Sebagai tindak balas, Kanada mengenakan levi 25 peratus ke atas import AS bernilai hampir AS$30 bilion dan membawa perkara itu ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dengan memfailkan permintaan untuk perundingan pada awal Mac.

Ketegangan ini menambah lagi tekanan terhadap hubungan dua hala yang sedia tegang antara kedua-dua negara jiran itu..