KOTA KTNARALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)mengagihkan 2,000 pek bubur lambuk bagi memupuk semangat kemasyarakatan sempena bulan Ramadan tahun ini.

Pembant u Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, program tahunan itu bertujuan menghidupkan semangat kemasyarakatan dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum.

“Setiap tahun kita buat begini untuk kita memupuk semangat, menyemarakkan lagi semangat kemasyaraka'' tan yang seperLi mana kalau di&abah, kita terdiridaripada peibagai etnik.

“Ini adalah satu keunikan kepada Sabah dan itu memang sudah menjadi lumrah kita di negeri ini,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan agihan bubur hmbuk daUm Program Ukhuwah Ramadan Agihan Bubur Lambuk di perkarangan Wisma Wanita, pada Khamis.

Tambahnya, program anjuran JHEWA bersama Usahawan Intelek Sabah (SWISE) dan Adabi itu manipu memupuk semangat berganding bahu daiam melaksanakan aktiviti kebajikan.

Dalam program jtu, tiga hospitalkerajaansekitar Kota Kinabalu menerima bubur lambuk selain Rumah Warga Tua Sri Prhchard Kinarut dan warga KPMKR.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteiaan Rakyat, Alijah Ismail dan Pengarah JHEWA, Hashna Ismail. - Penerangan.