TAPAH – Bersempena bulan Ramadan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan sumbangan dan bakul makanan kepada 217 ketua isi rumah (KIR) masyarakat orang asli di sekitar daerah ini.

TAPAH – Bersempena bulan Ramadan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan sumbangan dan bakul makanan kepada 217 ketua isi rumah (KIR) masyarakat orang asli di sekitar daerah ini. Pemberian ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta menunjukkan keprihatinan SKM terhadap kesejahteraan komuniti masyarakat orang qsli di sini.

Inisiatif seperti ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan semua lapisan maysarakat merasai kesamarataan.

Penerima bantuan, Bahari Bah Boi, 52, ketika temubual bersama MG Perak pada Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak di Pejabat JAKOA Batang Padang dan Muallim, Tapah, pada Sabtu.

Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MAC 2025.

Seorang penerima, Bahari Bah Boi, 52, dari Kampung Orang Asli Sungai Groyang meluahkan rasa gembira apabila terpilih untuk menerima bantuan tersebut.

“Saya memang sangat gembira apabila mendapat bantuan ini dan ia serba sedikit mengurangkan beban kami sekeluarga.

”Bantuan ini patut diteruskan untuk masyarakat orang asli dari semasa ke semasa memandangkan pendapatan yang diperoleh daripada kerja di luar tidak mencukupi dan memang membebankan, ditambah dengan keadaan ekonomi sekarang,” katanya.

Dia berkata demikian selepas menghadiri Program Gerakan Koperasi Santun Masyarakat Orang Asal Perak anjuran SKM di Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Batang Padang dan Muallim, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi SKM, Datuk Norihan Jalal.

Penerima bantuan, Noraishah Jasmi, 30, ketika temubual bersama MG Perak pada Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak di Pejabat JAKOA Batang Padang dan Muallim, Tapah, pada Sabtu.

Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MAC 2025.

Surirumah, Noraishah Jasmi, 30, yang mewakili suaminya mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana terpilih untuk menerima bantuan bakul makanan tersebut.

“Bersyukurlah kami berdua mendapat rezeki pada bulan Ramadan,” ujarnya ringkas.

Penerima bantuan, Mariati Berinde, 36, ketika temubual bersama MG Perak pada Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak di Pejabat JAKOA Batang Padang dan Muallim, Tapah, pada Sabtu.

Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MAC 2025.

Seorang lagi penerima, Mariati Berinde, 36, yang pertama kali menerima bantuan bakul makanan tersebut berkata, pemberian itu membantu untuk menambah stok barangan dapur di rumahnya.

Selain Kampung Orang Asli Sungai Grayong, terdapat tiga lagi kampung yang menerima bantuan bakul makanan iaitu Kampung Orang Asli Sungai Merbau, Kampung Orang Asli Kurong Dalam dan Kampung Orang Asli Sungai Kroh– MG Perak Artikel Berkaitan: Koperasi orang asli Perak perlu aktif, bantu masyarakat setempat IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL Facebook : MG Perak X : MG Perak Instagram : MG Perak Youtube : MG Perak TikTok : MG Perak Threads : MG Perak.