Melaka: Lebih 800 produk pelancongan menanti pelawat sempena pemilihan Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelanconsan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025 (WTC2025) serta Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, berkata, produk pelancongan berkenaan dapat merancakkan landskap pembangunan dan ekonomi Melaka.

Katanya, antara lima produk pelancongan yang diperkenalkan termasuk Melaka Bila Larut Malam (MLM), Eco Cruise Sungai Linggi yang digelar Amazon Melaka dan yang terkini Skyview Hot Air Balloon serta Taman Tema Snow World.

“Usaha meletakkan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan terunggul tidak akan terhenti, sebaliknya Melaka akan terus mengorak langkah ke hadapan bagi merangkul lebih banyak pencapaian, khususnya dalam sektor pelancongan.

“Melaka akan turut mendahului dalam memberikan prasarana kepada peminat aktiviti luar, termasuk caraoan park yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dan kita mempunyai tujuh caraoan park yang bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Melaka 2025, di sini, malam kelmarin.

n ingkat infrastruktur Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy serta Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Ab Raufberkata, Melaka juga melaksanakan lima teras utama yang menjadi pemangkin bagi pembangunan dan kemajuan industri pelancongan negeri dengan meningkatkan infrastruktur dan teknologi bagi memperkukuhkan fasiliti pelancongan dengan mengutamakan kelestarian serta kesejahteraan rakyat, khususnya pengangkutan awam.

bhnews@bh.com.my.