KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah memperuntukkan lebih daripada RM100,000 melalui inisiatif MYDIN Prihatin bagi membantu komuniti kurang berkemampuan dalam membuat persiapan untuk Aidilfitri.

KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah memperuntukkan lebih daripada RM100,000 melalui inisiatif MYDIN Prihatin bagi membantu komuniti kurang berkemampuan dalam membuat persiapan untuk Aidilfitri. Seramai 700 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan berhampiran cawangan MYDIN akan menerima pakaian raya bernilai RM150 setiap seorang.

Bantuan ini merangkumi baju melayu, songkok, dan samping untuk lelaki, manakala kanak-kanak perempuan akan menerima baju kurung dan tudung.

Selain itu, dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak, MYDIN akan menyalurkan bantuan makanan kepada 220 penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Kroh, Perak pada 25 Mac ini.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyokong komuniti kurang berkemampuan agar mereka dapat memiliki pakaian raya dan menyambut Aidilfitri seperti orang lain.

“Alhamdulillah, koleksi pakaian raya kami ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, memastikan dana yang diperuntukkan mencukupi untuk set lengkap.

MYDIN juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor bagi menyalurkan bantuan kepada penerima yang layak,” katanya.

MYDIN Prihatin merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat MYDIN yang dijalankan bersama rakan pembekal.

Sebahagian hasil daripada pembelian jenama terpilih akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan..