| KOTAKINABALU:UMNO Sabah gagal menunaikan janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 dan ketuanya, Datuk Bung Moktar Radin, terbukti tidak layak menerima kepercayaan rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr JeArey Kitingan. Beliau berkala hanya dua hari sebehun hari penamaan calon ditulup pada PRN lepas, UMNO Sabah dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bertanding di 27 kerusi sahaja. Namun, katanya, mereka mengingkari perjanjian ilu dan akhirnya bertanding di 41 kawasan. “Namun sekaiang, Bung Moktar tanpa rasa malu bercakap tentang memilih rakan politik yang menepati janji. “Bung Moktar bercakap seolah-olah dia boleh dipercayai, sedangkan apa yang berlaku pada 2020 adalah satupengkhianatansaat akhir yang jelas dilakukan olehnya>” tanibah Dr JeSrey. Bung yang juga Ketua BN Sabah sebelum im menyatakan bahawa UMNO Sabah lianya akan bekerjasama dengan parti yang menunaikan janji, berdasarkan pcngalaman lalu yang mengajar mereka untuk lebih berhati-hati dalam memilih sekutu politik. Sementara itu, Dr Jellrey yang juga PresidenParti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah yakin bahawa parti pembangkang sedang menuju ke arah kekalahan besar dalam PRN akan datang. PRN Sabah ke-17 perlu diadakan sekwat-lewatnya pada 6 Disember tahun ini, selaras dengan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri Sabah. “Kami bersedia menghadapi pilihan raya sebagai sebuah gabungan yang bersatu dan bertekad demi rakyat Sabah, dan saya yakin rakyat bersama kami,” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa Sabah berada dalam keadaan stabil dl bawah kepimpinan GRS-PH Plus vang diterajuiKeluaMenteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Menurutnya, kestabilan ini amat penting untuk kesejahteraan rakyat sena sebagai pemacu utamapembangunan ekonomi negeri. Namun, pembangkang terus melemparkan pelbagai tuduhan dan serangan terhadap kerajaan GRS-PH Plus. “Apa sahaja titnah yang disebarkan oleh pembangkang akhtrtiya tidak akan memba wa maknaapabila tiba saat genting,” katanya. Pada masa ini, GRS merupakan gabungan lapan parti yang lerdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS)> Sabah STAR, Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Demokratik Liberal (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Cinta Sabah (PCS).. |