FOTO: Reuters HELSINKI: Finland sekali lagi dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia menerusi Laporan Kebahagiaan Dunia 2024 yang FOTO: Reuters HELSINKI: Finland sekali lagi dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia menerusi Laporan Kebahagiaan Dunia 2024 yang dikeluarkan pada Khamis, menjadikannya lapan tahun berturut-turut berada di kedudukan teratas.

Laporan itu mengukur kebahagiaan berdasarkan sokongan sosial, pendapatan, kesihatan, kebebasan, kemurahan hati, dan ketiadaan rasuah.

Penduduk di 143 negara dan wilayah diminta menilai kehidupan mereka pada skala 0 hingga 10, dengan purata keputusan tiga tahun terakhir digunakan bagi menentukan ranking.

Finland mencatat purata skor 7.75, diikuti Denmark, Iceland dan Sweden, sementara Afghanistan kekal di kedudukan paling bawah dengan skor 1.36.

Menurut Profesor Ekonomi Universiti Oxford, Jan-Emmanuel De Neve, antara faktor utama yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat adalah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, pengagihan kekayaan, sistem kebajikan yang stabil serta jangka hayat yang sihat.

Laporan tahunan itu yang bertemakan ‘Caring and Sharing' turut mendapati bahawa amalan dan pembudayaan berkongsi makanan dengan orang lain berkait rapat dengan kesejahteraan di semua rantau.

Laporan Kebahagiaan Dunia yang diterbitkan sejak 2012 itu adalah sebahagian usaha menyokong matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan data dari firma penyelidikan Gallup dan dianalisis oleh pasukan global yang kini diketuai Universiti Oxford..