| am@hmetro.com.my Ipoh: Semua masjid di seluruh negeri diminta melaksanakan solat sunat hajat dan qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin serta kehancuran rejim Zionis. am@hmetro.com.my Ipoh: Semua masjid di seluruh negeri diminta melaksanakan solat sunat hajat dan qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin serta kehancuran rejim Zionis. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, saranan sedemikian tidak perlu menunggu arahan atau anjuran pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Menurutnya, ia memandangkan memang sedia dan lazim diamalkan di institusi agama seluruh Perak. "Sebenarnya tak perlu tunggu arahan atau anjuran daripada Jakim dan saya pun beberapa kali solat Jumaat atau solat tarawih, memang ada dianjurkan atau tok imam membaca doa qunut (nazilah).. |