bhnews@bh.com.my IPOH: Semua masjid di seluruh Perak akan terus melaksanakan solat sunat hajat serta doa qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin serta kehancuran rejim Zionis khususnya di Gaza.

bhnews@bh.com.my IPOH: Semua masjid di seluruh Perak akan terus melaksanakan solat sunat hajat serta doa qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin serta kehancuran rejim Zionis khususnya di Gaza. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata saranan solat hajat dan qunut nazilah sedemikian tidak perlu menunggu arahan atau anjuran pihak-pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memandangkan ia memang sedia dan lazim diamalkan di institusi agama seluruh Perak..