| KENINGAU: Pihak Pengurusan GIATMARA Keningau menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas Sarip dari Kampung Mongitom di sini. KENINGAU: Pihak Pengurusan GIATMARA Keningau menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas Sarip dari Kampung Mongitom di sini. Sumbangan disampaikan berikutan warga emas terbabit memerlukan sokongan mobiliti. Pengurus GIATMARA Keningau, Jamidol Alip berkata, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha pengurusan GIATMARA Keningau untuk memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan dan kesejahteraan. “Penerima sumbangan yang sebelum ini menghadapi kesukaran bergerak akibat masalah kesihatan, kini akan dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih mudah dan selesa. “Kerusi roda yang disumbangkan ini diharapkan dapat meringankan beban beliau dalam menjalani aktiviti seharian dan meningkatkan kualiti hidup,” katanya. Menurutnya, sumbangan kerusi roda ini adalah salah satu daripada banyak langkah yang diambil oleh pihak pengurusan GIATMARA Keningau untuk memberikan impak positif kepada komuniti, terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan fizikal dan sokongan moral. “Saya juga berterima kasih kepada semua warga kerja GIATMARA Keningau yang bersama-sama menyokong usaha ini. “Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada Sarip sekeluarga dan kami berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk terus menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan,” katanya.. |