BAGI pelajar yang tercicir, pelbagai pilihan tersedia di Malaysia, sama ada dalam bentuk kelas akademik, latihan kemahiran, atau pembelajaran dalam talian.

Antara pilihan terbaik untiik murid yang tercicir pelajaran ialah pusat tuisyen dan bimbingan. Tambahan pula, pada mas ini terdapat pusat tuisyen menawarkan kelas khas untuk pelajar yang tercicir. Ada juga pusat bimbingan yang lebih tleksibel dan berfokus kepada teknik mudah faham.

Selain itu, bagi mereka yang mungkin tidak berminat dalam akademik biasa, institusi seperti Giat MARA, Kolej Komuniti, dan Kolej Vokasional menawarkan kursus kemahiran seperti mekanik, masakan, jahitan, dan teknologi maklumat. Ini ? memberikan peluang untuk membina masa depan dengan kemahiran praktikal yang berguna.

Apa yang paling penting ialah sikap ingin belajar dan kesungguhan untuk bangkit semula. Dengan usaha berterusan dan bimbingan yang betul, saya yakin mereka masih mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya.

MOHAMMAD FAIROZ SYAMILMD. RASOL SMKWiraJaya. Ipoh. Perak 17 tahun TERCICIR dalam pelajaran di sekolah bukanlah memberi kesan dalam kehidupan seseorang pelajar itu sebaliknya perlu bangkit dan berusaha lagi mencari bekalan ilmu dan kemahiran yang lain.

Sekiranya tercicir dalam pelajaran, saya akan memilih belajar menghafaz al-Quran di sebuah sekolah tahfiz berdekatan tempat tinggal.Pusat ini tidak memerlukan kelulusan yang tinggi cuma pelajar PADA era masa kini, keciciran murid merupakan salah satu isu pendidikan paling kritikal yang dihadapi di seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Oleh itu pendidikan perlulah dititikberatkan kerana dengan pelajaran, pelbagai perkara dapat diubah dan diperbetulkan. Tetapi, isu keciciran dalam pendidikan di Malaysia yang semakin hari semakin meningkat ini sangat membimbangkan. Persoalannya, ke mana kita jika tercicir pelajaran? Murid yang mengalami keciciran dalam pembelajaran perlu melakukan beberapa langkah seperti mengenal pasti punca mereka tercicir sama ada disebabkan kekurangan pemahaman, masalah disiplin atau gangguan luar. Dengan itu, mereka dapat mencari BAPA saya pernah memberitahu tercicir dalam pelajaran bukanlah berakhir kita belajar, tetapi perlu mencuba nasib dalam bidang lain.

Dalam hal ini, sebagai anak Orang Asli yang susah di kampung, saya bertekad untuk berjaya dalam pelajaran, tetapi sekiranya gagal mendapat keputusan yang baik, saya tidak kecewa sebaliknya memilih penyelesaian yang lebih efektif. Seterusnya, bekerjasama dengan rakan sebaya seperti belajar bersama dapat membantu murid mempercepatkan pemahaman kerana saling berkongsi pengetahuan.

Akhir sekali, mengikuti berkenaan mampu bersungguh dan ikhlas untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Saya lebih selesa dan tenang belajar di pusat tahfiz dan juga boleh mempelajari bidang akademik yang tercicir dengan guru dan rakan di tempat tersebut pada masa lapang.

MUHAMMAD LUQMAN HAKIM MOHD. FAIZAL 12 Tahun SK Perian, Jerantut. Pahang bidang latihan automatif di Pusat GiatMara.

Saya berpendapat kemahiran dalam bidang automatif mampu mengubah nasib saya dengan memperoleh pendapatan liimayan dan mampu membantu keluarga pada masa akan datang.

ANDRIANA/LALAN 12 Tahun, SK Sungai Kiol, Jerantut. Pahang program pemulihan terutamanya murid yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Dengan usaha yang berterusan.murid yang tercicir boleh mengejar kembali pelajaran dan mencapai kejayaan.

Ibu bapa haruslah sentiasa mendidik anakanak supaya mengutamakan pelajaran bagi membentuk masa depan yang lebih cerah, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Di samping itu anak anak juga perlulah belajar dengan bersungguh sungguh kerana pelajaran adalah sumber bekalan ilmu mereka pada masa hadapan.

TERSSA MARVALINA JIMLIN (15Tahun) SK. Bawang K9. Beluran. Sabah DALAM dunia yang semakin mencabar, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Mereka yang gagal * menamatkan pendidikan sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil, sekali gus menyukarkan kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, tercicir dalam pelajaran bukan bermakna masa depan telah musnah sepenuhnya. Banyak jalan masih boleh diterokai, seperti mengikuti latihan kemahiran, keusahawanan, atau kerja dalam bidang yang tidak terlalu menekankan kelayakan akademik.

Kerajaan dan pelbagai agensi juga menyediakan program pendidikan semula dan latihan bagi membantu golongan yang tercicir pelajaran untuk membina kehidupan yang lebih baik. .

Kesimpulannya, pendidikan sememangnya penting, tetapi kegagalan dalam akademik bukanlah pengakhiran segalanya.

Seseorang perlu bijak mencari peluang lain dan tidak berputus asa dalam membina kehidupan yang lebih baik. Seperti kata pepatah, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” mereka yang berusaha pasti akan menemui kejayaan dalam bidang yang sesuai dengan kebolehan masingmasing.

RAYMIZAN RUDDY 15Tahun SK. Bawang K9. Beluran.