YAYASAN Penyayang Iskandar Puteri baru-baru ini menganjurkan Program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli bertempat di Surau Kampung Orang Asli Simpang Arang.

Program turut mendapat kerjasama Sekolah Agama Kampung Orang Asli Simpang Arang. Kumpulan Yassin Niswatul Mahabah. Raudhatul Maryam. JAKOA. Jawatankuasa Penduduk Komuniti Orang Asli Simpang Arang, dan sukarelawan.

Pengisian program yang dijalankan adalah tadarus. tadabur dan khatam al-Quran. persembahan nasyid. adihan bubur lambuk, lawatan ke kilang pembuatan rrang dan sekitar kawasan kampung.

Program turut dihadiri Setiausaha Eksekutif Yayasan, Datuk Abd. Rashid Kasman; Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, New Kian Kiong; Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Johor Bahru, Noor Shada Muhamad Zin; Guru Besar Sekolah Agama Kampung Simpang Arang. Junaidah Ahmad dan Tok Batin, Nore Kasi. ■ PENGANJUR dan tetamu jemputan bergambar bersama masyarakat Orang Asli Kampung Simpang Arang pada Program Ihya Ramadan, baru-baru ini..