Pulau Pinang terus memperkukuh usaha pembaharuan bandar dengan mengenal pasti enam projek perintis di bawah inisiatit Pembaharuan Semula Bandar (PSB) melibatkan 6,837 unit kediaman sedia ada.

Exco Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, langkah tersebut seiring dengan usaha kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan Akta PSB bagi memastikan projek pembangunan semula dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

“Projek-projek ini bertujuan memperbaharui kawasan kediaman lama yang berusia lebih 40 tahun dan mengalami kemerosotan struktur.

“Antara projek yang telah berjaya dilaksanakan ialah PSB Mahsuri yang menjadi projek pertama di Pulau Pinang bagi menamatkan skim strata sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, projek PSB Mahsuri sedang giat dalam pembinaan fasa 1, sekali gus membuktikan k?upayaan pelaksanaan program berkenaan.

Katanya, projek tersebut bukan sahaja menawarkan kediaman . baharu yang lebih £ y luas dan moden ke- ■ f pada kira-kira 300 isi rumah di unit-unit rumah kos rendah lama, malah turut memberikan peningkatan kualiti hidup.

“Pemilik rumah lama yang sebelum ini tinggal dalam unit bersaiz antara 247 kaki persegi hingga 547 kaki persegi akan menerima rumah gantian lebih besar, berkeluasan antara 850 kaki persegi hingga 900 kaki persegi.

“Lebih penting, mereka juga akan mendapat pelbagai kemudahan komuniti serta parkir secara percuma," jelasnya.

Menurut Sundarajoo, dakwaan kononnya PSB akan menjejaskan hak golongan berpendapatan rendah adalah tidak berasas kerana setiap projek dilaksanakan dengan rundingan bersama pemilik tanpa sebarang unsur paksaan.

"Kerajaan negeri sentiasa memastikan hak dan kepentingan semua pemilik rumah sedia ada terpelihara,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Pulau Pinang menyokong penuh Akta PSB yang dicadangkan kerajaan Persekutuan dan berharap ia dapat diluluskan serta dilaksanakan segera demi kesejahteraan rakyat.

“Akta ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar yang lebih sistematik, meningkatkan daya huni dan memastikan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

“Ini adalah komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan bandar dan kebajikan rakyat yang harus disokong semua pihak tanpa mengira perbezaan politik,” katanya.

HAW.