Di Belanda, seorang pekerja menerima ggji minimum hanya perlubekerja empat minit untuk memperoleh satu liter susu, sebaliknya di Malaysia, pekerja dengan gaji minimum perlu bekerja 58 minit bagi mendapatkan jumlah sama.

Jurang perbezaan signifikan ini bukan sekadar mencerminkan kos sara hidup berbeza, bahkan menggambarkan kuasa beli rakyat di negara ini semakin terhimpit akibat struktur gaji tidak seiring kenaikan kos kehidupan.

Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia mempunyai implikasi langsung terhadap kesejahteraan rakyat, khususnya dalam memastikan akses kepada makanan mencukupi dan berkhasiat. Pendapatan tidak mencukupi memaksa ramai rakyat memilih makanan lebih murah dan diproses berbanding makanan segar serta berkhasiat.

Situasi ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan dalam jangka pendek, bahkan membawa kesan kesihatan berpanjangan.

Kekurangan makan seimbang atau malnutrisi dan obesiti semakin meningkat, terutama dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah. Kanakkanak isi rumah berkenaan berisiko mengalami kekurangan zat makanan, manakala golongan dewasa sering bergantung kepada makanan segera yang tinggi kandungan gula dan garam.

Situasi ini mencerminkan ketidakseimbangan antara pendapatan dengan kos kehidupan, memberi impak negatifterhadap kesihatan rakyat. Dalam konteks pembangunan, pemakanan baik adalah asas pembentukan generasi masa depan yang lebih sihat dan produktif. Kanak-kanak menerima pemakanan seimbang akan membesar lebih baik, berdaya saing serta memiliki keupayaan kognitif lebih tinggi.

Peluasan program pemakanan di sekolah menjadi langkah strategik yang boleh membantu menangani isu ketidakcukupan makanan murid. Program ini bukan sahaja berpotensi meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak, bahkan menyumbang pencapaian akademik lebih baik.

Sekiranya pelajar mendapat makanan berkhasiat di sekolah, mereka dapat memberi tumpuan lebih tinggi kepada pembelajaran tanpa gangguan akibat kelaparan atau kekurangan tenaga.

Antara kesilapan persepsi sering berlaku dalam perbincangan mengenai kos makanan ialah anggapan harga makanan rendah bermakna ia mampu milik. Walaupun harga makanan di negara ini lebih rendah berbanding purata global, ia tidak semestinya menjamin kemampuan rakyat memperolehnya.

Apabila gaji berada pada tahap terlalu rendah, makanan murah sekalipun boleh menjadi sukar dibeli. Golongan berpendapatan rendah perlu mengorbankan perbelanjaanlain demi memastikan keperluan makanan dipenuhi.

Walaupun harga bahan makanan asas seperti beras, minyak masak dan ayam lebih rendah berbanding negara lain, keutamaan perbelanjaan terhad menyebabkan mereka terpaksa berkompromi terhadap aspek kualiti pemakanan.

Ketidakseimbangan harga makanan antara bandar dengan luar bandar turut memberi kesan kepada tahap kemampuan rakyat mendapatkan makanan. Kos makanan di bandar cenderung lebih tinggi disebabkan faktor seperti kadar sewa premis, kos logistik dan margin keuntungan peruncit.

Akibatnya, golongan miskin bandar lebih terkesan kerana bukan sahaja perlu menghadapi harga makanan lebih tinggi, bahkan dibebani kos perumahan dan pengangkutan semakin meningkat.

Penyelarasan gaji minimum Antara penyelesaian utama wajar dipertimbangkan ialah mekanisme penyelarasan gaji minimum secara automatik mengikut kadar intlasi dan pertumbuhan ekonomi.

Kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan dan sekiranya kadar gaji tidak meningkat sej^jar dengan kenaikan ini, kuasa beli rakyat akan terus merosot. Dengan pelaksanaan mekanisme pelarasan automatik, rakyat akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan kos sara hidup tanpa perlu menunggu kajian semula dasar gaji minimum yang lazimnya mengambil tempoh panjang.

Negara seperti Kanada dan Australia sudah lama mengamalkan pendekatan ini bagi memastikan tarafhidup rakyat kekal stabil walaupun berdepan perubahan dalam landskap ekonomi.

Walaupun ramai merungut kenaikan harga makanan, masalah lebih kritikal adalah kadar g$ji terlalu rendah. Apabila rakyat memiliki pendapatan mencukupi, kenaikan harga makanan dapat diseimbangkan dengan daya beli lebih kukuh.

Namun, apabila kenaikan gaji tidak berlaku pada kadar sepatutnya, setiap peningkatan harga barangan makanan akan menjadi satu beban semakin berat untuk ditanggung. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh mengakibatkan jurang ekonomi semakin melebar, seterusnya meningkatkan ketidakseimbangan sosial masyarakat.

Kesedaran mengenai kepentingan pemakanan sihat juga perlu dipertingkatkan dalam masyarakat. Masih ramai beranggapan makanan sihat mahal dan sukar diperoleh. Namun, dengan perancangan betul, makanan sihat sebenarnya boleh menjadi pilihan utama tanpa memerlukan perbelanjaan besar.

Kerajaan dan pihak berkaitan boleh memainkan peranan penting dalam menyediakan insentif kepada pengusaha pertanian tempatan bagi meningkatkan bekalan makanan segar pada harga lebih berpatutan. Kempen kesedaran kepentingan pemakanan seimbang perlu diperluas agar rakyat lebih cenderung membuat pilihan makanan lebih baik dan berkhasiat.

Kajian terkini Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) dalam makalah Food Afordability in Malaysia: When Markets and Money Decide What to Eat mengukuhkan lagi hujah isu kemampuan makanan di negara ini berkait rapat dengan kadar gaji rendah.

la menunjukkan bagaimana kuasa pasaran dan tahap pendapatan menentukan akses rakyat kepada makanan berkhasiat, sekali gus membuktikan kenaikan harga makanan bukanlah satu-satunya punca permasalahan ini. Oleh itu, dasar lebih menyeluruh perlu dirangka bagi menangani isu ini secara efektif.

Di negara ini, realiti menunjukkan makanan berkhasiat semakin sukar diakses golongan berpendapatan rendah. Isu ini memerlukan perhatian segera kerana pemakanan sihat bukanlah satu kemewahan, sebaliknya keperluan asas penting bagi kesejahteraan masyarakat.

Jika isu kemampuan makanan tidak ditangani secara tuntas, kesannya bukan sahaja akan dirasai pada tahap kesihatan awam, tetapi juga terhadap produktiviti negara secara keseluruhan.

Oleh itu, dasar menyokong peningkatan pendapatan rakyat serta kestabilan harga makanan perlu diberi keutamaan dalam agenda pembangunan negara.

Kesimpulannya, isu kemampuan makanan bukan sekadar berkaitan harga barangan semata-mata, bahkan membabitkan tahap gc(ji rakyat.

Bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati tarafhidup lebih berkualiti, ker^jaan dan majikan perlu menilai semula kadar gaji minimum serta merangka strategi memastikan semua lapisan masyarakat mempunyai akses kepada makanan sihat dan berkhasiat.

Selain itu, usaha meningkatkan kesedaran pemakanan sihat, memperluaskan program pemakanan di sekolah serta menyokong pertanian tempatan perlu digiatkan.

Jika isu ini tidak ditangani sewajarnya, jurang ekonomi dan kesihatan dalam kalangan rakyat akan terus melebar, mengakibatkan golongan berpendapatan rendah semakin terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Malaysia tidak boleh membiarkan situasi ini berlarutan.

"6 Dasar menyokong peningkatan pendapatan rakyat serta kestabilan harga makanan perlu diberi keutamaan dalam agenda pembangunan negara^".