Rubiah ketika bercakap di Dewan Negara.

FOTO JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat milikan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menunjukkan prestasi kewangan kukuh bagi tahun… Rubiah ketika bercakap di Dewan Negara.

FOTO JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat milikan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menunjukkan prestasi kewangan kukuh bagi tahun… Posted on KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat milikan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menunjukkan prestasi kewangan kukuh bagi tahun lalu.

Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang berkata, prestasi tersebut dibuktikan dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM259.97 juta.

“Keuntungan itu direkodkan oleh syarikat-syarikat aktif milikan Majlis Amanah Rakyat (MARA), FELCRA Berhad, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), serta Lembaga Kemajuan Wilayah.

“Dianggarkan jumlah keseluruhan keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat aktif milikan MARA, FELCRA Berhad, RISDA dan Lembaga Kemajuan Wilayah ialah sebanyak RM259.97 juta.

“Manakala terdapat beberapa buah syarikat yang mencatatkan kerugian dengan nilai sebanyak RM47.81 juta,” katanya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Dewan Negara, hari ini.

Tambahnya, KKDW komited memperkemaskan tadbir urus korporat dan kemampanan syarikat milikan agensi di bawah KKDW dengan langkah proaktif melalui penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pemantauan yang berterusan.

– https://amiminerals.org/, Catatan Berkaitan Nor Sara kini menerima rawatan di sebuah hospital di Perak.

SEBERANG PERAI – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang menghidap jantung berlubang kini tidak […] AYOB Khan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pegawai kerajaan yang hadir pada Sambutan Hari Integriti Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-Foto NAZARUDIN […].