ROMPIN: Isu keterjaminan makanan memerlukan perhatian serius demi memastikan rakyat menikmati akses kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda keterjaminan makanan memerlukan pendekatan secara menyeluruh yang melibatkan kerjasama erat kerajaan, sektor swasta dan setiap individu.

Katanya, kerajaan pasti terus giat berusaha melalui pembangunan indikator khusus untuk mengukur tahap keterjaminan, memperkasa industri akuakultur dan memperluas sektor ruminan negara sebagai asas untuk sistem makanan yang kukuh.

“Kalau sebelum ini Felcra mengorak langkah besar dengan kejayaan dalam sektor ladang kelapa sawit, getah dan padi bagi mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar, kali ini Felcra terus membuka lembaran baharu melalui penglibatan dalam ternakan ayam pedaging.

“Saya yakin, tersedianya kompleks ternakan ayam berskala besar ini akan menyumbang kepada peningkatan pengeluaran domestik, sekali gus memastikan kestabilan bekalan makanan negara.

“Tahniah Felcra Berhad atas kejayaan membangunkan Kompleks Ternakan Ayam Pedaging Secara Sistem Tertutup di Tanjung Seratus yang bakal menjadi projek perintis kepada lebih banyak ternakan ayam luar bandar,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks LadangTernakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Felcra Berhad di Tanjung Seratus di sini semalam.

Felcra Berhad menyasarkan pengeluaran ternakan ayam pedagingl.Sjutaekor setahun melalui pembinaan kompleks tersebut yang mampu menternak sehingga 1.5 juta ekor ayam setahun.

Kompleks seluas 20.2343 hektar itu beroperasi sepenuhnya pada Februari lalu dengan 10 buah reban ternakan yang setiap satu dapat menampung 30,000 ekor ayam setiap pusingan.

Projek mega ini dibangunkan menggunakan peruntukan geran berjumlah RM60 juta di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penternakan ayam seperti itu akan diperluaskan daripada semasa ke semasa menyaksikan dua lokasi baharu sedang giat membangunkan projek seperti itu di Lipis dan Bagan Datuk, Perak.

Katanya, seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), beliau menyambut baik cadangan Felcra untuk menubuhkan Pusat Pemprosesan Minyak Masak di Bidor, Perak, menaiktaraf pusat benih padi menggunakan teknologi lestari, s?rta membina kilahg pengampitan beras di Felcra Seberang Perak..