| ROMPIN - Barisan Nasional (BN) membuka peluang kepada semua sayap parti termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri untuk mengemukakan calon untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang penting calon yang dipilih mewakili BN pada PRK tersebut mempunyai ciri boleh menang, dapat diterima dan disukai rakyat. “Saya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perak dan juga Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri serta kepimpinan Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan. “Kita beri peluang kepada semua kumpulan kita untuk senarai pendekkan bakal calon itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Felcra Berhad di Tapjung Seratus, Kuala Rompin di semalam. PRK Ayer Kuning bakal diadakan susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, setelah tidak sedarkan diri selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) lalu, BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti sebanyak 2,213 undi dengan menewaskan empat calon lain masing-masing dari PH, PN, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air. "Saya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perak dan juga Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri serta kepimpinan Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.". |