| ROMPIN: UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' -boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable) pada ROMPIN: UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' -boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan."Kita beri peluang kepada semua kumpulan dan kita akan senarai pendek bakal-bakal calon berkenaan," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA Berhad di sini hari ini.. |